Jom! Lebaran bersama Woo/Fiziwoo for Pret-A-Porter

KUALA LUMPUR : Diilhamkan oleh Primadona, Saloma koleksi WOO/FIZIWOO for Pret-APorter adalah kolaborasi eksklusif FIZIWOO dengan gedung fesyen, Pret-A-Porter Malaysia bersandarkan pati dan citarasa FIZIWOO Made-To Measure bersama-sama identiti kreativiti pereka fesyen berkenaan. Tarikan utama koleksi WOO/FIZIWOO kali ini ialah dengan kemunculan potongan kembang selain rekaan peplum dan bell sleeves yang sinonim dengan jenama FIZIWOO.

Sebuah koleksi yang cukup berani dan mewah dengan permainan rona seperti Biru Diraja, Hijau Zamrud,Carmine Merah, Mulberi Magenta dan Gangsa Gelap. Rona gelap seperti biru gelap dan hitam mungkin akan menjadi pilihan ramai bagi mereka yang idamkan seleksi warna yang lebih asli. Sebagaimana koleksi tahun sebelumnya yang telah menjadi sebutan ramai, kali ini pereka fesyen duo berkenaan memilih fabrik Taffeta sebagai keistimewaan untuk kolabirasi ini. Dengan wujudnya potongan lengan yang cukup dramatik, ianya diilhamkan bagi melahirkan sentuhan keceriaan dan dalam masa yang sama glamor kepada setiap wanita yang menggayakan persalinan daripada koleksi ini ketika Lebaran. Koleksi indah lagi penuh drama ini dijual pada harga RM399 – RM489 yang disasarkan kepada individu berpendapatan sederhana dan ke atas. Ianya boleh didapati secara eksklusif di http://www.pretaporter.com dan pastinya di gedung Pret-A-Porter di G-Village, Kuala Lumpur sepanjang Ramadan ini.

Photographer SENIGALA Creative Studio – Fakroul Imtiyaz

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s